SANTAPAN ROHANI

Saturday

KEM MOTIVASI MODAL INSAN ( NUR INSANI TRAINING & CONSULTANCY)

        25 - 26 MAC 2011, Seramai 81 orang murid tahun 5&6 telah menghadiri Kem Motivasi anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPK, tahniah kepada semua guru yang terlibat terutama kepada penggerak wacana... Cikgu Yusnizal. Sokongan daripada pihak pentadbir juga memberi inspirasi kepada gerak kerja yang jitu.
        Program selama 2 hari 1 malam ini disajikan dengan pelbagai aktiviti yang menguji keberanian, kecekalan, kesungguhan, kesetiaan, kejujuran, kasih sayang dan pengorbanan. Semoga apa yang diperolehi dapat memberi impak yang besar kepada anak-anak SKPK yang dirahmati Allah.

Tak sempat nak ambil dari awal...


        Sekalung terima kasih diucapkan kepada penyumbang-penyumbang terutamanya pihak Petronas. Harapan kami agar sentiasa mendapat sokongan dan bantuan yang berpanjangan.




Redup merimbun pohon cemara
Buat berteduh Si Raja Rimba
Andai hamba tersalah bicara
Mohon ampun halalkan semua

Sang Pipit terbang berkawan
Rerama menari sehingga senja
Terpatri di hati jasamu tuan
Hanya Allah yang membalasnya


Merpati putih turun ke dahan
Menanti hadir Si Nuri Desa
Terima Kasih SKPK ucapkan
Moga bertemu dilain masa



Friday

Latihan Kebakaran




Pada 24 Mac 2011, tepat jam 9.30 pagi loceng panjang berbunyi...kriiiiiiiiinggg, menandakan semua warga SKPK perlu bergegas turun dalam keadaan teratur ke tapak letak kereta......dalam masa yang ditetapkan 4 minit....
Cepat...cepat
 Taklimat YB SKPK- Cikgu Warda
Semua beratur....ikut kelas

Bomba datang...kenapa?
Alamak!!!!...Bilik Cikgu Yus meletup!!!!
Demo padam api....ada murid tanya...bomba nak siram pokok ke?
Atan dipapah...tak larat pakcik bomba nak dukung.
Farhan yang selalu ceria....camne nak berlakon ni...





Cuba teka siapa kena pikul?


Doktor SKPK dengan First-Aidnya- Cikgu Noor Amimie
Alamak...kenapa tak padam-padam ni....
Jangan simbah api dengan air....api akan semakin marak!!
Hebat Nadiah!!!

Setia dengan tugas....Uwais

Ada yang senyum, ada yang berkerut....nak tidur pun ada...
Semua sudah selesai....BOMBA pun dah nak balik....


Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anggota Bomba dan Penyelamat kerana
telah memberi banyak info dan penerangan yang berguna kepada semua warga SKPK. Semoga kita semua beroleh manafaat dari program ini, Insya Allah.








Wednesday

PERLAWANAN PERSAHABATAN

22.MAC.2011
Perlawanan persahabatan Bola Tampar antara SK Pantai Kundor dan SK lereh telah diadakan di perkarangan SKPK. Walaupun keadaan hujan renyai-renyai, peserta yang terlibat masih bersemangat meneruskan permainan. Begitu juga dengan penyokong kedua-dua pasukan tidak berganjak dari tempat masing-masing kerana begitu seronok melihat perlawanan sengit antara pasukan.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan yang menunjukkan komitmen yang tinggi. Tahniah juga kepada guru-guru yang tidak jemu-jemu melatih pasukan sekolah.
Teruskan SKPK...anda mampu melakukannya !!!!


Monday

SKPK DAPAT LAGI...

Tanggal 9 Mac 2011 (Selasa), seramai enam orang murid SKPK telah menyertai Majlis Tadarrus Al Quran Kawasan Tanjung. Ia diadakan di SK Methodist 1. Acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al Quran ( Lelaki & Perempuan), Hafazan Al Quran ( Lelaki & Perempuan) serta Bercerita Kisah-kisah Al Quran ( Lelaki & Perempuan).
Dua orang peserta SKPK telah memenangi 2 acara iaitu :

Tilawah Perempuan : Johan ( Nur Husna Hanani Binti Mohd Zaid )
Hafazan Lelaki : Naib Johan ( Abdullah Umar Bin Zainul Akramin )

Tahniah kepada peserta yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya, usaha lagi ditahun hadapan.

Satu majlis ringkas penyampaian hadiah dan sijil di peringkat sekolah telah diadakan pada 11 Mac 2011 (Jumaat) selepas bacaan Yaasin.

NUR HUSNA HANANI BT.MOHD ZAID
TILAWAH PEREMPUAN

ABDULLAH UMAR B. ZAINUL AKRAMIN
HAFAZAN LELAKI

MUHAMMAD SAFIUDDIN B. MOHD ZAKI
TILAWAH LELAKI

ANIS SUHAILA BT. MUHAMMAD
HAFAZAN PEREMPUAN

ALIAS B. MAHAT
BERCERITA LELAKI

NUR SARA IZZATI  BT. AZMI
BERCERITA PEREMPUAN





MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH

                        Alhamdulillah sambutan maulidurrasul peringkat sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya pada 22 FEB 2011....semestinya dari "teamwork" yang power dari semua guru SKPK. Tahniah semua warga yang terlibat terutama kepada pihak penganjur iaitu Panitia Pendidikan Islam SKPK.
                        Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti perarakan, pertandingan sepanduk, ceramah Maulidurrasul, kuiz spontan.
                        Paling best sekali, sebelum pulang semua warga SKPK dapat "bubur asyura".....air tangan guru-guru SKPK. Insya Allah kalau ada rezeki tahun depan ada lagi ya!

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

PERTANDINGAN SEPANDUK MAULIDURRASUL 2011
TAHAP 2
1. Tahun 6I
2. Tahun 4I
3. Tahun 5I

TAHAP1
1. Tahun 3I
2. Tahun 2I
3. Tahun 1K

PERTANDINGAN  PERARAKAN MAULIDURRASUL 2011
1. Tahun 6I
2. Tahun 5K


Friday

MAKMAL KOMPUTER





             SELAMAT DATANG KE MAKMAL KOMPUTER SK PANTAI KUNDOR, MELAKA.


  • IA BEROPERASI SETIAP HARI PERSEKOLAHAN BERMULA 7.45 PAGI-3.00 PETANG.
  • SEMUA MURID BERPELUANG MENGGUNAKAN MAKMAL KOMPUTER DAN BILIK AKSES UNTUK TUJUAN MELAYARI INTERNET MENGIKUT JADUAL YANG TELAH DITETAPKAN OLEH GURU ICT. 
  • PADA WAKTU REHAT, PENGAWAS PSS (MAKMAL KOMPUTER) AKAN BERTUGAS DI MAKMAL KOMPUTER DAN BILIK AKSES BAGI MEMBANTU DAN MENGAWAL MURID YANG MENGGUNAKAN TEMPAT-TEMPAT TERSEBUT.
  • MAKMAL KOMPUTER JUGA AKAN DIBUKA PADA WAKTU PETANG DAN DIPANTAU OLEH JURUTEKNIK KOMPUTER SEKOLAH.

Wednesday

Assalamualaikum....Alhamdulillah, hampir 2 bulan kita telah "mengharungi" persekolahan. Ada yang suka ada yang duka, ada yang datang ada yang pergi tapi itulah asam garam kehidupan. Cuma jangan sampai " Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...." kita ubah paradigma..."Yang dikejar...kejar sampai dapat, yang dikendong....kendong betul-betul."

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat datang buat Mr. Lee Siong Seng (GPK HEM), Pn. Nasriza, Cik  Adilah, Cik Jannah, Cik Amira dan Pn. Fazlin. Waaah ramai tu....jom kita sama-sama 'upgrade kan' SK Pantai Kundor.