SANTAPAN ROHANI

Saturday

KEM MOTIVASI MODAL INSAN ( NUR INSANI TRAINING & CONSULTANCY)

        25 - 26 MAC 2011, Seramai 81 orang murid tahun 5&6 telah menghadiri Kem Motivasi anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPK, tahniah kepada semua guru yang terlibat terutama kepada penggerak wacana... Cikgu Yusnizal. Sokongan daripada pihak pentadbir juga memberi inspirasi kepada gerak kerja yang jitu.
        Program selama 2 hari 1 malam ini disajikan dengan pelbagai aktiviti yang menguji keberanian, kecekalan, kesungguhan, kesetiaan, kejujuran, kasih sayang dan pengorbanan. Semoga apa yang diperolehi dapat memberi impak yang besar kepada anak-anak SKPK yang dirahmati Allah.

Tak sempat nak ambil dari awal...


        Sekalung terima kasih diucapkan kepada penyumbang-penyumbang terutamanya pihak Petronas. Harapan kami agar sentiasa mendapat sokongan dan bantuan yang berpanjangan.




Redup merimbun pohon cemara
Buat berteduh Si Raja Rimba
Andai hamba tersalah bicara
Mohon ampun halalkan semua

Sang Pipit terbang berkawan
Rerama menari sehingga senja
Terpatri di hati jasamu tuan
Hanya Allah yang membalasnya


Merpati putih turun ke dahan
Menanti hadir Si Nuri Desa
Terima Kasih SKPK ucapkan
Moga bertemu dilain masa



Friday

Latihan Kebakaran




Pada 24 Mac 2011, tepat jam 9.30 pagi loceng panjang berbunyi...kriiiiiiiiinggg, menandakan semua warga SKPK perlu bergegas turun dalam keadaan teratur ke tapak letak kereta......dalam masa yang ditetapkan 4 minit....
Cepat...cepat
 Taklimat YB SKPK- Cikgu Warda
Semua beratur....ikut kelas

Bomba datang...kenapa?
Alamak!!!!...Bilik Cikgu Yus meletup!!!!
Demo padam api....ada murid tanya...bomba nak siram pokok ke?
Atan dipapah...tak larat pakcik bomba nak dukung.
Farhan yang selalu ceria....camne nak berlakon ni...





Cuba teka siapa kena pikul?


Doktor SKPK dengan First-Aidnya- Cikgu Noor Amimie
Alamak...kenapa tak padam-padam ni....
Jangan simbah api dengan air....api akan semakin marak!!
Hebat Nadiah!!!

Setia dengan tugas....Uwais

Ada yang senyum, ada yang berkerut....nak tidur pun ada...
Semua sudah selesai....BOMBA pun dah nak balik....


Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anggota Bomba dan Penyelamat kerana
telah memberi banyak info dan penerangan yang berguna kepada semua warga SKPK. Semoga kita semua beroleh manafaat dari program ini, Insya Allah.