SANTAPAN ROHANI

Wednesday

PERLAWANAN PERSAHABATAN

22.MAC.2011
Perlawanan persahabatan Bola Tampar antara SK Pantai Kundor dan SK lereh telah diadakan di perkarangan SKPK. Walaupun keadaan hujan renyai-renyai, peserta yang terlibat masih bersemangat meneruskan permainan. Begitu juga dengan penyokong kedua-dua pasukan tidak berganjak dari tempat masing-masing kerana begitu seronok melihat perlawanan sengit antara pasukan.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan yang menunjukkan komitmen yang tinggi. Tahniah juga kepada guru-guru yang tidak jemu-jemu melatih pasukan sekolah.
Teruskan SKPK...anda mampu melakukannya !!!!


Monday

SKPK DAPAT LAGI...

Tanggal 9 Mac 2011 (Selasa), seramai enam orang murid SKPK telah menyertai Majlis Tadarrus Al Quran Kawasan Tanjung. Ia diadakan di SK Methodist 1. Acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al Quran ( Lelaki & Perempuan), Hafazan Al Quran ( Lelaki & Perempuan) serta Bercerita Kisah-kisah Al Quran ( Lelaki & Perempuan).
Dua orang peserta SKPK telah memenangi 2 acara iaitu :

Tilawah Perempuan : Johan ( Nur Husna Hanani Binti Mohd Zaid )
Hafazan Lelaki : Naib Johan ( Abdullah Umar Bin Zainul Akramin )

Tahniah kepada peserta yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya, usaha lagi ditahun hadapan.

Satu majlis ringkas penyampaian hadiah dan sijil di peringkat sekolah telah diadakan pada 11 Mac 2011 (Jumaat) selepas bacaan Yaasin.

NUR HUSNA HANANI BT.MOHD ZAID
TILAWAH PEREMPUAN

ABDULLAH UMAR B. ZAINUL AKRAMIN
HAFAZAN LELAKI

MUHAMMAD SAFIUDDIN B. MOHD ZAKI
TILAWAH LELAKI

ANIS SUHAILA BT. MUHAMMAD
HAFAZAN PEREMPUAN

ALIAS B. MAHAT
BERCERITA LELAKI

NUR SARA IZZATI  BT. AZMI
BERCERITA PEREMPUAN





MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH

                        Alhamdulillah sambutan maulidurrasul peringkat sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya pada 22 FEB 2011....semestinya dari "teamwork" yang power dari semua guru SKPK. Tahniah semua warga yang terlibat terutama kepada pihak penganjur iaitu Panitia Pendidikan Islam SKPK.
                        Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti perarakan, pertandingan sepanduk, ceramah Maulidurrasul, kuiz spontan.
                        Paling best sekali, sebelum pulang semua warga SKPK dapat "bubur asyura".....air tangan guru-guru SKPK. Insya Allah kalau ada rezeki tahun depan ada lagi ya!

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

PERTANDINGAN SEPANDUK MAULIDURRASUL 2011
TAHAP 2
1. Tahun 6I
2. Tahun 4I
3. Tahun 5I

TAHAP1
1. Tahun 3I
2. Tahun 2I
3. Tahun 1K

PERTANDINGAN  PERARAKAN MAULIDURRASUL 2011
1. Tahun 6I
2. Tahun 5K