Ia adalah program yang diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk dilaksanakan di sekolah dan bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap penyayang di sekolah.
Objektif pelancaran pelaksanaan Guru Penyayang adalah;
- agar guru menjiwai bahawa amalan penyayang adalah budaya guru,
- agar guru menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah,
- agar guru menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah, dan
- agar guru menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Mengalu-alukan dan menyambut Kehadiran Murid Di Pintu Pagar Sekolah
1.1 Pentadbir dan guru-guru menyambut murid di pintu pagar sekolah untuk mengalu-alu kehadiran semua murid ke sekolah.
1.2 Guru dengan wajah yang ceria, mesra, dan bersikap penyayang membuat sapaan seperti memberi salam, mengucapkan selamat datang kepada semua murid
1.3 Menyediakan kain rentang mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah
2. Menghargai dan Meraikan Hari Lahir Guru dan Murid bagi setiap Bulan
2.1 Meraikan guru dan murid yang lahir pada setiap bulan dengan mengumumkan ucapan selamat hari lahir semasa perhimpunan/ pembesar suara sekolah
2.2 Murid memberikan kad ucapan / bunga/ cendera hati sempena hari guru.
2.3 Memberikan kad ucapan hari lahir kepada semua murid yang menyambut hari lahir.








No comments:
Post a Comment